I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 11, 2010

Petunjuk Sepanjang Jalan

      Al-Quran tidak-akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya
kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan roh dan jiwa ini:
iaitu roh dan jiwa ma'rifat yang membuahkan amal dan tindakan. Al-Quran datang
bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai sebuah buku sastera, juga
bukan sebagai sebuah buku kesenian, sejarah dan novel, malah ia datang untuk
dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen; dan Allah SWf sendiri telah
merasmikan Al-Quran ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil.

Firman Allah:

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرََأهُ عََلى النَّاسِ عََلى مُكْثٍ وَنَزَّْلنَاهُ تَترِي ً لا

Maksudnya: “Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan
Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.”
(Al-Isra': 106)

              AI-Quran ini tidak diturunkan sekaligus, malah ia diturunkan mengikut
keperluan-keperluan yang sentiasa berubah, mengikut perkembangan fikiran dan
pandangan hidup serta perubahan masyarakat. Ia diturunkan mengikut
perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat demi
ayat diturunkan untuk suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk
membongkar isi hati manusia; untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi,
dan menggariskan program kerja mereka dalam sesuatu suasana, juga untuk
memperbetul kesilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka sentiasa
merasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana.

No comments:

Post a Comment